TARIKAN

Kelebihan hotel ini adalah kami terletak di lokasi yang strategik. Pelancong dapat menawarkan akses mudah ke destinasi yang terkenal seperti Masjid Negeri Sabah, Pusat Sains Negara, Institut Seni Sabah. Ikutilah penduduk tempatan untuk menerokai keindahan dan budaya unik bandar ini.

TARIKAN

Kelebihan hotel ini adalah kami terletak di lokasi yang strategik. Pelancong dapat menawarkan akses mudah ke destinasi yang terkenal seperti Masjid Negeri Sabah, Pusat Sains Negara, Institut Seni Sabah. Ikutilah penduduk tempatan untuk menerokai keindahan dan budaya unik bandar ini.

Masjid Negeri Sabah

1 km jarak dari Golden Hotel

Masjid Negeri Sabah pernah diklasifikasikan sebagai bangunan masjid yang tercantik di Asia. Konsep reka bentuk masjid ini disediakan oleh Syarikat Jurubina Bertiga dengan menggabungkan konsep reka bentuk di Timur Tengah dan konsep moden. Sebuah menara sebagai mercu tanda masjid didirikan bersekali dengan bangunan ini. Ia berketinggian 215 kaki dan berada di tapak bahagian ruang masuk masjid. Masjid ini terletak di kawasan yang damai dari kesibukan pusat kota. Pelancong bukan muslim juga dapat mengunjungi masjid ini di luar waktu solat. Selain itu,pengunjung mesti memakai pakaian yang sesuai semasa berkunjung.

Pusat Membeli-Belah Imago

1.5 km jarak dari Golden Hotel

Imago merupakan pusat membeli belah yang terkenal di Kota Kinabalu Sabah. Imago mempunyai sejumlah 4 tingkat. Selain itu,Imago Mall juga menyediakan lebih dari 300 gedung runcit untuk memenuhi keperluan pengunjung. Imago telah menjadi tempat menarik di Sabah dan menjadi pilihan orang ramai untuk membeli belah.

KK Waterfront

2.7 km jarak dari Golden Hotel

“Ingin menikmati pemandangan matahari tenggelam yang memukau pandangan? Datanglah ke Kota Kinabalu Waterfront. KK Waterfront merupakan salah satu tempat hiburan yang di Kota Kinabalu. Selain menikmati sunset, di sekitar kawasan ini juga terdapat banyak tempat untuk menikmati makanan yang berkualiti.
Anda dapat berkunjung ke sini bersama keluarga atau kawan-kawan untik menikmati sensasi liburan impian di sini.”

Balai Seni Lukis Sabah

3.2 km jarak dari Golden Hotel

Sabah Art Gallery atau Balai Seni Lukis Sabah ini merupakan lokasi wajib bagi peminat lukisan. Bangunan ini telah dibina dengan reka bentuk dan corak kebudayaan masyarakat Sabah. Terdapat lebih 3000 lukisan dan ukiran dipamerkan di sini. Selain itu, acara-acara akan diadakan setiap tahun yang mempamerkan pelukis baru, tema baru dan pendekatan baru dalam seni lukis.

Muzium Sabah

1.9 km jarak dari Golden Hotel

Jika ingin memahami lebih tentang artifek sejarah dan kebudayaan di Sabah, Muzium Sabah adalah antara tempat menarik di Kota Kinabalu yang harus dilawati. Selain daripada menyimpan khazanah lama dan artifek sejarah, muzium ini juga terdapat berbagai pameran lain seperti Pusat Sains dan Teknologi, Kampung Warisan, Ethno-Botanical Garden dan Muzium Tamadun Islam. Bangunan ini sangat sesuai untuk melawat bersama dengan keluarga.